Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Taklimat Kesedaran Bahaya SCAM Dalam Pengurusan Kewangan Kepada Kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Program CSR Bank Rakyat Cawangan Kangar untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya SCAM kepada kakitangan MPKangar telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4 Oktober 2022
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan MAIPs

Program ini anjuran bersama antara Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan Bank Rakyat Cawangan Kangar.

Program ini dihadiri oleh 40 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

MPK

PEMANTAPAN PERLAKSANAAN FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI DI PEJABAT SUK NEGERI PERLIS DAN JABATAN DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

PEMANTAPAN PERLAKSANAAN FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI DI PEJABAT SUK NEGERI PERLIS DAN JABATAN DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Taklimat ini disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM kepada Pejabat SUK Negeri Perlis dan jabatan jabatan dibawah pentadbiran
Kerajaan Negeri Perlis.

Tempat. : Hotel Seri Malaysia
Tarikh.    : 4 dan 5 hb Okt 2022.

MPK

Bengkel Pengemaskinian Modul Data Perjawatan Di Dalam Sistem HRMIS

Bengkel Pengemaskinian Modul Data Perjawatan Di Dalam Sistem HRMIS
Tarikh : 3 - 5 Oktober 2022
Tempat : Bilik Latihan ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Bangunan Dato' Mahmud Mat

Bengkel pengemaskinian HRMIS ini dilaksanakan oleh Unit HRMIS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis adalah antara agensi yang dijemput menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini melibatkan taklimat dan latihan secara hands-on mengenai pengemaskinian data perjawatan dalam sistem HRMIS.

MPK

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KARNIVAL SENI BUDAYA ASRAMA SECARA KERJASAMA DENGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS RAKAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar meluangkan masa pada hari terakhir Karnival Seni Budaya  untuk bersama sama dengan kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang bertugas untuk "booth" Pameran dan kutipan hasil Majlis serta menyediakan informasi berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis.

Majlis Penutupan Karnival Seni Budaya JPN Negeri Perlis telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

MPK

HARI PERTAMA 24 SEPTEMBER 2022 :PROGRAM KARNIVAL SENI BUDAYA ASRAMA SECARA KERJASAMA DENGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS RAKAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

HARI PERTAMA 24 SEPTEMBER 2022

PROGRAM KARNIVAL SENI BUDAYA ASRAMA SECARA KERJASAMA DENGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS RAKAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

Jabatan Pendidikan Perlis sedang menganjurkan Program Karnival Seni Budaya seperti berikut:

Tarikh : 24 dan 25 September 2022
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dataran Dato'Sheikh Ahmad

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis menyediakan satu booth pameran sempena karnival ini.