Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Dewan Syed Mahmood, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

 Majlis YAB Menteri Besar Perlis Bersama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis DUN Indera Kayangan, Bintong Dan Sena sebagai Rakan Strategik Dengan Pengurusan Sekolah, Masjid Dan Hospital Tuanku Fauziah Bagi Penyerahan Kerusi Batu

Majlis sumbangan kerusi batu ini adalah program di bawah peruntukan Ahli Majlis tahun 2022. Sebanyak 60 set kerusi batu disumbangkan kepada penerima dalam kawasan Dun Indera Kayangan, Bintong dan Sena yang melibatkan 7 buah sekolah menengah, 16 buah sekolah rendah, 2 buah sekolah jenis kebangsaan, sebuah kolej vokasional, 5 buah masjid, sebuah hospital dan 2 agensi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis iaitu Pusat Kegiatan Guru dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.

Sumbangan diserahkan oleh YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis dengan diiringi oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar, Tuan Naharudeen Bin Othman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Puan Rhuzaimah Binti Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Derma dan Ahli Majlis MPKangar kawasan Indera Kayangan, Bintong dan Sena.

Ketibaan YAB Dato' Seri Azlan Bin Man disambut oleh persembahan Brass Band dari SMK Derma dan persembahan angklung oleh Sekolah Kebangsaan Sena.

Majlis ini telah dihadiri oleh 250 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis MPKangar, pengetua sekolah, guru besar, Yang Dipertua PIBG, Penolong Kanan  Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Diharapkan inisiatif sumbangan kerusi batu ini dapat dimanfaatkan khususnya oleh para pelajar, guru- guru, ibu bapa, pengunjung hospital serta jemaah masjid.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang terlibat 9dalam pelaksanaan program dibawah peruntukan Ahli Majlis ini.

1) Ahli Majlis DUN Indera Kayangan
- Puan Huzaini Binti Abdul Hamid

2) Ahli Majlis Dun Sena
- Encik Jamali Bin Md Zain
- Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Jaafar

3) Ahli Majlis Dun Bintong
- Encik Md Suzli Bin Md Suaain @ Mohd Shuid
- Puan Hasmawati Binti Abdul Hamid

Diucapkan terima kasih juga kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Derma atas persembahan Brass Band dan Sekolah Kebangsaan Sena bagi persembahan Angklung.

#MPKDihatiRakyat
#SayangiMalaysiaku
#KibaranJalurGemilangNegeriPerlis

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar