Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

PENUTUP PROGRAM INSPIRASI DAN INTERGRASI DALAM SENI VISUAL 2024

AHAD | 17 NOV 2024

Penutup Program Inspirasi dan Intergrasi Dalam Seni Visual 2024 telah diadakan di Taman Lencongan Dua, Kangar hasil usaha dan anjuran Persatuan Pelukis Negeri Perlis yang diketuai Pengerusinya, Encik Yaacob bin Abd Aziz.

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Affendi Rajini Kanth berbesar hati meluangkan masa hadir dan seterusnya merasmikan program berkenaan. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Tuan Rose Aza bin Che Ariffin.

MPK

PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA ANJURAN AHLI MAJLIS KAWASAN GUAR SANJI


Pagi ini bertempat di Taman Cempaka Putih, Guar Sanji telah diadakan program gotong - royong perdana anjuran Ahli Majlis  DUN Guar Sanji, Encik Mohd Fuad Bin Hashim.

Program gotong - royong ini melibatkan penduduk di taman perumahan Dan komuniti sekitar  dan dengan kerjasama e-idaman iaitu membuka kaunter jualan barang terpakai dan kitar semula selaras dengan inisiatif Trash to Cash.

Turut hadir YB Mohd Ridzuan Bin Hashim, ADUN Guar Sanji, Pengerusi KRT Taman Cempaka Putih serta Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia yang mewakili MPKangar.