PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA ANJURAN AHLI MAJLIS KAWASAN GUAR SANJI
Pagi ini bertempat di Taman Cempaka Putih, Guar Sanji telah diadakan program gotong - royong perdana anjuran Ahli Majlis DUN Guar Sanji, Encik Mohd Fuad Bin Hashim.
Program gotong - royong ini melibatkan penduduk di taman perumahan Dan komuniti sekitar dan dengan kerjasama e-idaman iaitu membuka kaunter jualan barang terpakai dan kitar semula selaras dengan inisiatif Trash to Cash.
Turut hadir YB Mohd Ridzuan Bin Hashim, ADUN Guar Sanji, Pengerusi KRT Taman Cempaka Putih serta Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia yang mewakili MPKangar.