Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Lawatan Kerja Pengurusan Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Johor Bahru Ke Majlis Perbandaran Kangar

Lawatan ini bertujuan untuk session perkongsian tempat Letak Kereta di MPKangar terutama di Kawasan Padang Besar yang bersempadan dengan Negara Thailand.

Lawatan ini terdiri  daripada kakitangan Unit Letak kereta MBJB Dan diketuai oleh Encik Mohd Faiz Bin Abd Razak (Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBJB}.

Hadir bersama mewakili Majlis Perbandaran Kangar  di dalam session perkongsian ini adalah Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia,Puan Rosmariani Bt Ab. Rashid Dan Wakil Pengarah Jabatan Jabatan Undang Undang Penguatkuasaan,Encik Ahmad Luqman Azim Bin Shukri.
 

MPK

PROGRAM PENGINDAHAN DAN KECERIAAN RUMAH SEJAHTERA BAITUL HANAN, BEHOR MALI, SIMPANG EMPAT, PERLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2023

Program ini merupakan kolaborasi di antara MPK dengan PLANMalaysia Negeri Perlis melibatkan penyertaan daripada kakitangan kedua-dua agensi dan turut disertai Pejabat SUK, JKM dan JPNIN berganding bahu di dalam mengecat bangunan, menceriakan dan memperindah persekitaran Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Pelancaran aktiviti mengecat bangunan yang diadakan pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah PLANMalaysia Perlis, Puan Haslina Binti Chan @ Hassan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob.

MPK

GOTONG ROYONG KAWASAN REKREASI LAMAN BRASMANA KUALA PERLIS

Gotong royong untuk pembersihan sampah sarap di kawasan rekreasi Laman Brasmana Kuala Perlis.
Terima kasih di ucapkan kepada kakitangan Pejabat Cawangan Kuala Perlis yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan Laman Brasmana sebagai sebuah kawasan yang bebas daripada sampah agar lebih cantik dan indah pemandangan serta menjadi kawasan utama pelancongan.

#tahunmelawatperlis20242025

MPK

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI BATU KEPADA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH, MASJID, SURAU, TAHFIZ DAN RUMAH IBADAT DI DALAM PARLIMEN ARAU DUN N14 – SIMPANG EMPAT

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI BATU KEPADA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH, MASJID, SURAU, TAHFIZ DAN RUMAH IBADAT DI DALAM PARLIMEN ARAU
DUN N14 – SIMPANG EMPAT
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI : YB TUAN HAJI RAZALI BIN SAAD
AHLI MAJLIS MPK :
1. ENCIK NUR YUZAIZY BIN MANSOR
2. PUAN LATIFAH BINTI HAMZAH