PENJAJA DAN PELESENAN
Apakah Jenis aktiviti yang memerlukan lesen ?
Semua perniagaan yang tergolong di dalam aktiviti berikut :-
-
Lesen Premis Perniagaan Berisiko
-
Lesen Penjaja
-
Lesen Hiburan
-
Lesen Premis Tidak Berisiko
-
Lesen Iklan
-
Lesen Pasar Malam/Pasar Sehari
-
Permit kaki lima & Permit acara luar
Apakah cara memohon lesen premis perniagaan di bawah kategori berisiko ?
-
Dapatkan borang di kaunter Jabatan Pelesenan.
-
Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
-
Sebaik sahaja borang diterima di kaunter, pemohon akan mendapat lesen sementara.
-
Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis yang dipohon.
-
Permohonan tersebut akan dirujuk kepada jabatan luar untuk penyediaan ulasan.
-
Permohonan lesen akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Tetap Penjaja dan Pelesenan untuk dipertimbangkan.
-
Pemohon akan dimaklumkan secara bertulis keputusan mesyuarat tersebut.
Apakah cara memohon lesen premis perniagaan di bawah kategori tidak berisiko ?
-
Dapatkan borang di kaunter Jabatan Pelesenan.
-
Isikan borang dengan lengkap. Serta dokumen lain yang dikehendaki.
-
Sebaik sahaja borang diterima dan bayaran dibuat di kaunter, pemohon akan mendapat lesen serta-merta.
Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi pemohonan Lesen Premis Perniagaan & Lesen Penjaja ?
-
Salinan Kad Pengenalan.
-
2 Keping gambar berukuran Passport.
-
Salinan pendaftaran perniagaan (sekiranya ingin menggunakan nama syarikat).
-
Salinan hak milik/surat kebenaran menduduki/perjanjian sewa.
-
Gambar premis perniagaan/gerai/kereta surong/meja jualan/tapak niaga.
-
Gambar papan iklan (sekiranya ada).
-
Pelan lokasi.
-
Salinan perakuan pendaftaran premis makanan (premis makanan).
-
Salinan sijil/kad suntikan TY-2 (pengendali makanan).
-
Salinan Kursus Pengendali Makanan (pengendali makanan).
-
Salinan Lesen memandu (bagi penjaja bergerak).
-
Bayaran proses rm10.00.