Langkau ke kandungan utama

MAJLIS AMANAT YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERLIS KEPADA ANGGOTA MAJLIS (AHLI MAJLIS) TAHUN 2021

Anda di sini

Event Date

TARIKH : 12 JANUARI 2021

TEMPAT : BILIK GERAKAN 1, KOMPLEKS DUN

MASA : 09.30 PAGI

 

TURUT HADIR

i. YAB Menteri Besar Perlis

ii. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

iii. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

iv. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar

v. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan

vi. Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar

vii. Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar

 

Sekalung tahniah di atas pelantikan Anggota Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi Sesi 2021 berkuatkuasa 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Peranan dan tugas Anggota Majlis di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis adalah sangat penting sebagai pelaksana atau pembuat keputusan. Kerajaan Negeri telah melaksanakan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memantau gerak kerja Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kesejahteraan dan keselesaan masyarakat perlu dilihat sebagai 'outcome' yang dinilai melalui Indeks Prestasi Utama (KPI) Anggota Majlis.

Berdasarkan ucapan YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis di dalam Majlis tersebut, terdapat empat (4) teras penting yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, iaitu:

i. Teras Pertama: Pelaksanaan pembangunan

ii. Teras Kedua: Kebajikan Masyarakat

iii. Teras Ketiga: Masyarakat harmoni

iv. Teras Keempat: Keberkesanan pentadbiran

Memetik sebahagian ucapan penutup daripada YAB, beliau mengharapkan agar Anggota Majlis bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan agenda untuk rakyat yang terkandung di dalam Bajet Kerajaan Negeri 2021, yang tersimpul kemas di dalam temanya, “Meningkatkan Keberkesanan, Merangsang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian”.

#staysafe #kitajagakita