Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

PROJEK RINTIS PENGURUSAN DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR NEGERI  PERLIS ( FASA 1)

Tarikh    :  13 Mac 2023 (Isnin)
Masa     :  9.00 Pagi
Tempat :  Kampung Chelong ,Chuping di  Rumah Jaya Yob

Majlis dihadiri oleh YB Hj.Saad Bin Seman ,ADUN Chuping serta dari agensi kerajaan yang berkobolarasi dengan kerajaan Negeri iaitu Majlis Perbandaran Kangar,Bahagian Pentadbiran Daerah,Bahagian Kerajaan Tempatan,SWCORP dan Environment Idaman dalam pelaksanaan Projek Rintis Pengurusan Sisa Pepejal Di Kawasan Luar Bandar Negeri Perlis  iaitu kawasan kampung yang pertama di Malaysia yang diberi perkhidmatan kutipan dari rumah ke rumah.

Kaedah kutipan sisa pepejal yang akan dilaksanakan adalah mengikut kaedah 2+1 iaitu kutipan sisa domestik ( sisa dapur) 2 kali seminggu yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah dan  dibungkus dengan sempurna  manakala sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun adalah 1 kali yang perlu diletakkan di luar tong sampah.

Objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk menjadikan Negeri Perlis bersih  dan bebas daripada sampah serta pencemaran. Selain itu dapat mengurangkan janaan sampah dengan menggalakkan aktiviti kitar semula seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Pelaksanaan projek rintis ini melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di Negeri Perlis yang dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan yang telah bermula pada 7 Mac 2023 bagi Fasa 1.

#AgendaPerlisBersihSihat
#PerlisGoClean
#HealthyPerlis