Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

KUNJUNGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Majlis Perbandaran Kangar telah menerima kunjungan daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 29 Ogos 2023.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan dan meneliti peluang-peluang kerjasama di antara Bank Muamalat dan Majlis Perbandaran Kangar.

Kunjungan ini disertai Encik Mohd Yaakub Mohd Yunus, Head, Non Retail Deposit Department Government, Corporate & SBC Transaction Banking Division, Encik Mahazan Abdul Manan, Government Relationship Manager Non Retail Deposit Department Transaction Banking Division, Encik Mahamad Noor Sukri Bin Mohamad, Regional Deposit Manager, Regional Office Northern dan Encik Osman Bin Shahrudin, Branch Manager Kangar Branch.

Turut hadir Encik Raziff Bin Yaacob,
Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Encik Mohd Asri Bin Othman, Penolong Akauntan, Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Kangar.

Majlis Perbandaran Kangar merakamkan jutaan terima kasih di atas kunjungan tersebut.