Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Pejabat MPK Cawangan Kuala Perlis telah memproses penetapan lot niaga kepada peniaga- peniaga di Pasar Kuala Perlis ke khemah pemindahan sementara yang disediakan berhampiran dengan kawasan tersebut. Ini disebabkan Pasar Kuala Perlis akan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja menaiktaraf Pasar Kuala Perlis yang dijadualkan pada bulan Ogos 2021.

Pengarah Cawangan Kuala Perlis hadir bersama dengan Ahli Majlis kawasan Kuala Perlis iaitu En.Kamaruddin Bin Malek untuk meninjau proses penetapan lot niaga ini kepada peniaga di situ.

Operasi perniagaan di khemah sementara akan bermula pada 3 Ogos 2021 (Selasa) dan lokasi yang disediakan oleh Majlis adalah bersebelahan Pasar Kuala Perlis,Perlis.

#𝒌𝒊𝒕𝒂𝒋𝒂𝒈𝒂𝒌𝒊𝒕𝒂
#LindungDiriLindungSemua
#KitaTeguhKitaMenang