Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 30.10.2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Awam, Taman Kim, Padang Besar

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Lim Weng Khee, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Titi Tinggi. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Teh Chai Aan, EXCO Sumber Asli Dan Alam Sekitar juga merangkap ADUN Titi Tinggi dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Sumbangan Bakul Makanan ini disumbangkan kepada 60 orang penduduk di kawasan Titi Tinggi yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Dua (2) orang ketua cawangan dijemput hadir mewakili  penerima untuk menerima  bakul makanan dan beberapa penduduk yang juga dijemput hadir di lokasi program untuk menerima  bakul makanan tersebut. Sumbangan bakul makanan ini disalurkan melalui peruntukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar.

Tahniah diucapkan kepada Encik Lim Weng Khee, Ahli Majlis Kawasan Titi Tinggi atas sumbangan bakul makanan ini kepada penduduk di kawasan tersebut.