Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Turut serta di dalam operasi adalah Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar bersama-sama kakitangan Jabatan Undang-undang & Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan.

Operasi dijalankan bagi memastikan setiap premis perniagaan beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan. Di antara skop operasi ialah seperti berikut:

1) Memastikan pemilik / penyewa premis mempunyai lesen perniagaan yang sah;
2) Memastikan pemilik / penyewa premis mempunyai lesen iklan yang sah; dan
3) Memastikan pemilik / penyewa premis tidak menyalahgunakan ruangan kaki lima di hadapan premis tanpa kebenaran yang sah.

Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik / penyewa premis dinasihatkan supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat pelesenan perniagaan yang telah ditetapkan.