Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

MAJLIS PELANCARAN INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (iDAM)

Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) akan dipancarkan daripada Grand Ballroom, Hotel Zenith, Putrajaya, pada 18 Ogos 2022 (Khamis), jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari, dan akan akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merizan Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Di samping itu, satu Dialog Perdana Putrajaya juga akan diadakan sebelum majlis pelancaran tersebut yang turut boleh disaksikan melalui platfom media yang disediakan.

Orang ramai khususnya rakyat Negeri Perlis dijemput bersama-sama Majlis Perbandaran Kangar untuk menyaksikan siaran secara langsung majlis pelancaran dan dialog perdana ini di Facebook rasmi PLANMalaysia (www.facebook.com/PLANMalaysia) atau platfom aplikasi Webex yang tertera berikut:

Tarikh        : 18 Ogos 2022 (Khamis)
Masa        : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Platform   : Facebook PLANMalaysia (www.facebook.com/PLANMalaysia) dan aplikasi Webex (ID mesyuarat: 2519 701 8730, kata laluan: iTkFJuZU564)

Info Ringkas mengenai iDAM:
Merupakan satu Sistem Penilaian dan Pengukuran Kesejahteraan dan Kemampanan Bandar yang baharu diperkenalkan oleh Kerajaan melalui KPKT dan agensi di bawahnya, PLANMalaysia, untuk menjadi kaedah pengukuran berimpak tinggi yang akan mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti.

‘Bersama Kita Membina Negara Berdaya Huni’

#KPKT
#PLANMalaysia
#PerancangMPK
#iDAM
#LiveableMalaysia
#KeluargaMalaysia
#MPKDiHatiRakyat