Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Pusat Internet Batas Lintang, Simpang Empat, Perlis

PROGRAM KEMASYARAKATAN BERSAMA KOMUNITI: PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA MEGA DUN SIMPANG EMPAT TAHUN 2022

Program Kacau Bubur Asyura Mega Dun Simpang Empat merupakan Pelaksanaan  Program Di Bawah Peruntukan Ahli Majlis, MPKangar Tahun  2022. Program ini telah dilaksanakan oleh Encik Marzuki Bin Ahmad dan Puan Latifah Binti Hamzah, Ahli Majlis DUN Simpang Empat.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, EXCO Pertanian Dan asas Tani yang juga merangkap ADUN Simpang Empat.

Mengiringi perasmian dan penyerahan bubur asyura kepada cawangan- cawangan Simpang Empat ialah Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar.

Sebanyak 28 kawah bubur asyura disediakan secara gotong - royong iaitu 24 kawah daripada cawangan- cawangan Dun Simpang Empat, 1 kawah PDRM, 2 kawah KEMAS dan 1 kawah dari Jabatan Penerangan.

Turut diadakan dalam program ini ialah Program Kibaran Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan, Perlis sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke 65 tahun.
 
Program ini turut mendapat liputan daripada RTM.

Tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis yang menjayakan program ini.

#ProgramKemasyarakatanBersamaKomuniti
#ProgramAhliMajlisMPK
#AhliMajlisDunSimpangEmpat