Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan Kempen Derma Darah Komuniti dan Saringan Sejahtera bersama kakitangan Majlis Perbandaran Kangar seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Disember 2022
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pekarangan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar (Tempat Letak Motosikal)

Program ini merupakan anjuran bersama jabatan berikut:
i. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi tujuan Kempen Derma Darah
ii. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tujuan Saringan Sejahtera

Penyertaan kakitangan terhadap program ini amat menggalakkan. Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan majlis yang terdiri daripada pelbagai jabatan telah menyertai program ini.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada HTF dan LPPKN serta semua kakitangan majlis yang terlibat bagi menjayakan program ini.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar