Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan ceramah Hijrah Tahun Baru: Tarbiyah Membina Ukhuwah Sejati kepada Pegawai Majlis Perbandaran Kangar seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Januari 2023 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Mesra, MPK.Ps
Penceramah : Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

Program ini dihadiri oleh 60 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman.

Semoga ceramah yang diadakan ini dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai Majlis.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar di atas perkongsian ilmu serta semua kakitangan majlis yang terlibat bagi menjayakan program ini.


#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar