Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis Bagi Penggal Tahun 2023/2024

Majlis telah diadakan di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar pada jam 3.00 petang dengan disaksikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, Exco Kerajaan Tempatan, Encik Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Raziff Bin Yaacob, Setiausaha MPKangar serta Puan Zahirah Binti Azman, Pegawai Undang-Undang MPKangar.

Seramai 23 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengakuan penerimaan jawatan masing-masing semasa majlis ini manakala seorang lagi akan membuat pengakuan penerimaan jawatan pada tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Selesai majlis, YAB Menteri Besar dan YB Exco Kerajaan Tempatan telah mengadakan lawatan ke semua jabatan / unit di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar dan beramah mesra dengan semua pegawai serta kakitangan.

Majlis Perbandaran Kangar merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan YB Exco Kerajaan Tempatan kerana sudi hadir menyempurnakan majlis dan beramah mesra dengan semua yang terlibat.

Majlis Perbandaran Kangar juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan semua Ahli Majlis yang telah dilantik bagi penggal tahun 2023/2024 ke dalam keluarga besar MPKangar.