Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Majlis Penghargaan kepada 21 orang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Januari 2023.

Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar. Sijil penghargaan dan cenderahati kenang-kenangan kepada semua Ahli Majlis yang tamat perkhidmatan telah disampaikan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua, MPKangar. Hadir bersama di majlis ini ialah Tuan Raziff Bin Yaakob, Setiausaha MPKangar.

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Majlis yang telah memberikan komitmen dan menyumbang tenaga dan idea serta memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang berkhidmat di MPKangar.