Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PESTA ANGIN TIMUR 2023

Majlis Perbandaran Kangar menjadi urusetia untuk Pertandingan Tangkap Itik yang telah diadakan pada hari terakhir Pesta Angin Timur 2023. Pertandingan ini merupakan salah satu titik sentuhan Raja Muda Perlis.

Penyertaan Pertandingan Tangkap Itik ini adalah terhad Dan mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir di Pesta Angin Timur ini.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut berangkat anakanda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis perasmian ini dimulai dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis menyempurnakan acara pelepasan pertandingan sukan rakyat (Air) seperti Pertandingan Tangkap Itik, Pertandingan Menggagau Ikan dan Pertandingan Pukul Bantal.

Turut hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg Puan Najwa binti Othman,YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar