Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh    :  10 Mac 2023 (Jumaat)
Masa     :  9.00 Pagi
Tempat :  Pusat Khidmat DUN Sanglang, Sanglang

Majlis penyerahan tong sampah kepada penduduk di  Kampung Sungai Padang, Sanglang, telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis  selaku ADUN Sanglang, Perlis.

Tujuan Pelaksanaan Projek Rintis Pengurusan dan Kutipan Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar ( Kampung ) di Negeri Perlis ini adalah indikator akses kepada perkhidmatan kutipan sampah yang lebih komprehensif untuk diperluaskan ke kawasan kampung  dimana kutipan adalah dari rumah ke rumah.

Kaedah kutipan sisa pepejal yang akan dilaksanakan adalah mengikut kaedah 2+1 iaitu kutipan sisa domestik ( sisa dapur) 2 kali seminggu yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah dan  dibungkus dengan sempurna  manakala sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun adalah 1 kali yang perlu diletakkan di luar tong sampah.

Objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk menjadikan Negeri Perlis bersih  dan bebas daripada sampah serta pencemaran. Selain itu dapat mengurangkan janaan sampah dengan menggalakkan aktiviti kitar semula seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Pelaksanaan projek rintis ini melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di Negeri Perlis yang dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan yang telah bermula pada 7 Mac 2023 bagi Fasa 1.

#AgendaPerlisBersihSihat
#PerlisGoClean
#HealthyPerlis