Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Pada 6 Mac 2023,  Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah mengadakan Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Maklumat ke Majlis Perbandaran Kemaman,Terengganu Darul Iman.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus yang lebih cemerlang di Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKangar dan juga merupakan instrumen penetapan hala tuju serta pelan tindakan lanjut dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bagi menyokong pengoperasian dan pentadbiran di MPKangar.

Pengurusan rekod yang cekap juga menjadi antara agenda utama yang  dibincangkan bersama Majlis Perbandaran Kemaman selain perkongsian pengurusan aset alih, pengurusan kenderaan dan pengurusan sewaan fasiliti.

Sesi perbincangan dua hala ini berjaya mendapat sambutan dan menarik perhatian kedua-dua belah pihak dalam usaha meningkatkan tadbir urus di organisasi masing-masing.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar