Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

MAJLIS SOFT LAUNCHING PUSAT JUALAN POKOK BUNGA, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Tarikh : 21 Mac 2023
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Unit Senitaman MPKPs, Sungai Batu Pahat

YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir bagi merasmikan Majlis Soft Launching Pusat Jualan Pokok Bunga, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis diiringi oleh Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.

Majlis ini diadakan bagi menghebahkan pembukaan Pusat Jualan Pokok Bunga di Unit Senitaman kepada orang awam yang mula beroperasi pada hari ini. Pusat Jualan Pokok Bunga ini akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Terdapat 48 spesis tanaman hiasan yang disemai dan diselenggara oleh kakitangan Unit Senitaman, Jabatan Landskap akan dijual kepada orang awam.

Selain daripada penjualan pokok hiasan, tapak semaian ini juga menawarkan medium tanaman dan juga baja yang sesuai digunakan untuk tanaman hiasan.

Turut bersama dalam majlis ini
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Pengarah Jabatan Landskap, Pengarah-pengarah jabatan dalaman serta wakil jabatan Majlis Perbandaran Kangar.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar