Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Taklimat Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) kepada Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Tarikh : 29 Mac 2023
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Secara atas talian

Taklimat secara atas talian ini telah disampaikan oleh Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pembangunan Negeri Perlis.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli Majlis lantikan baru berkenaan sistem eKasih dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada pemohon yang layak. Sistem eKasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Taklimat pada hari ini dihadiri oleh 24 orang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pembangunan Negeri Perlis di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar