Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Program santuni anak-anak yatim Teratak Rahmat oleh Majlis Perbandaran Kangar sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah meluangkan masa untuk menyerahkan sumbangan MPKangar berupa duit raya kepada anak-anak yatim dan sumbangan wang tunai kepada pihak Teratak Rahmat yang diwakili oleh Puan Nurulhuda Idris.

Selain itu, Tuan Yang Dipertua juga mewakili kakitangan MPKangar menyerahkan sumbangan wang tunai hasil kutipan daripada kakitangan MPKangar kepada pihak Teratak Rahmat.

Teratak Rahmat adalah sebuah rumah kebajikan yang menjaga dan menempatkan seramai 45 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak yang terbiar atau dari keluarga yang mempunyai masalah.

Program kebajikan ini merupakan aktiviti tahunan dan sebahagian usaha MPKangar bagi menyantuni sekaligus memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim ini dalam menyambut Syawal nanti.

Selain itu, MPKangar juga dimaklumkan bahawa pihak Teratak Rahmat sedang membina 4 bilik darjah berkonsepkan kabin bersama dengan kelengkapan yang berkaitan dalam rangka penubuhan Darul Azwar Islamic School - DAIS yang bernaung di bawah Persatuan Al- Islah Perlis. Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menyumbang untuk tujuan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di FB Pusat Jagaan Teratak Rahmat.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar