Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis

18 April 2023 (Selasa)

Majlis penyerahan bantuan Kerajaan Negeri Perlis kepada para peniaga yang terjejas akibat bencana ribut yang melanda Kangar pada 29 Mac 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar. Dalam majlis berkenaan seramai, 34 orang peniaga telah menerima bantuan saguhati daripada Kerajaan Negeri.

Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Abdul Hadi Bin Ismail (mewakili YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis) dan disaksikan oleh YB Tuan Muhammad Azmir Bin Azizan, AMMK Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, AMMK Perumahan & Kerajaan Tempatan, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Ahli-ahli Majlis MPK dan Pengarah-pengarah jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kangar.

Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di atas keprihatinan terhadap para peniaga yang terlibat dengan bencana. Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh para peniaga.