Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Majlis Menyantuni Pekerja Sektor 3D (Dirty, Difficult & Dangerous) Sempena Bulan Ramadan

18 April 2023 (Selasa)

Majlis ini merupakan program kerjasama strategik di antara Majlis Perbandaran Kangar dengan Yayasan Amal ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah). Dalam majlis yang diadakan di Pejabat Majlis Perbandaran Kangar, pihak Yayasan Amal ASAS telah bermurah hati memberikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 87 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat dengan tugasan berunsurkan 3D (Dirty, Difficult & Dangerous), para pekerja perkhidmatan kontrak pembersihan Majlis, pengendali-pengendali tandas awam Majlis dan pengawal syarikat keselamatan yang dilantik oleh Majlis.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya, dan wakil Yayasan Amal ASAS, Encik Shadin Bin Taib dan Encik Mohd Noor Bin Md Hashim.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar, Puan Rosmariani Binti Ab Rashid, dan wakil-wakil jabatan dalaman yang berkaitan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Amal ASAS di atas sumbangan yang diberikan semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di lain-lain masa sebagai usaha menghargai dan mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh golongan pekerja khususnya yang terlibat dengan elemen Dirty, Difficult & Dangerous.