Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Kunjungan Ahli Parlimen Padang Besar ke Pejabat MPK.Ps Cawangan Padang Besar

Pihak Majlis amat berbesar hati menerima Kunjungan daripada Ahli Parlimen Padang Besar, Yang Berhormat Tuan Rushdan Bin Rusmi ke Pejabat MPK.Ps Cawangan Padang Besar.Yang Berhormat Tuan Rushdan Bin Rusmi telah meluangkan masa beramah mesra dan mendekati kakitangan serta turut sama-sama berbincang mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan melibatkan urus tadbir Majlis Perbandaran Kangar Perlis di dalam memastikan permasalahan rakyat terutamanya di Parlimen Padang Besar dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, Pengarah Jabatan Undang-undang Dan Penguatkuasaan MPK.Ps Puan Zahirah Binti Azman, Pengarah Kejuruteraan MPK.Ps, Encik Zuraidi Bin Kassim dan Pengarah Jabatan Kesihatan, Persekitaran & Pelesenan MPK.Ps, Puan Siti Nor Aziah Binti Azizan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat di atas kesudian beliau meluangkan masa bersama-sama kakitangan Majlis serta keperihatinan beliau di dalam memberikan cadangan-cadangan yang konstruktif kepada Majlis.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar