Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

26 MEI 2023

LAWATAN JABATAN DALAMAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR KE DEWAN PR1MA, TAMAN PUTRA HEIGHTS, PADANG SIDING BERSAMA-SAMA PIHAK PERBADANAN PR1MA MALAYSIA

Objektif lawatan diadakan adalah untuk membuat pemeriksaan kondisi dewan tersebut yang bakal diserahkan oleh pihak PR1MA kepada Majlis Perbandaran Kangar. Pasukan pemeriksa yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan dalaman Majlis seperti Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dan Unit Teknologi  Maklumat telah melihat dan menilai secara terperinci tahap kesempurnaan dewan berkenaan termasuk kemudahan dan peralatan di dalamnya  bagi memastikan dewan tersebut barada dalam kondisi terbaik sebelum penerimaan secara rasmi oleh pihak Majlis.
 
Turut hadir adalah adalah Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, En Raziff Bin Yaacob, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kangar, Puan Sharifah Balkish Binti Syed Noh dan Pengarah Pejabat Majlis Perbandaran Kangar Cawangan Arau, Encik Firdaus Bin Saadon.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar