Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

TAKLIMAT SKIM PERKESO KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Tarikh : 26 Mei 2023
Masa : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Taklimat Skim PERKESO ini telah disampaikan oleh Puan Balkis Binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Perlis.

Taklimat ini memberi pendedahan mengenai maklumat dan manfaat produk-produk PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Akta 1969, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Akta 838 (SKSSR) Dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Akta 789 (SKSPS).

Taklimat ini telah dihadiri 35 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis yang melibatkan semua jabatan dalaman.

Penyerahan cenderahati disampaikan oleh Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia kepada Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Perlis sebagai tanda kenangan.

Majlis Perbandaran Kangar Perlis mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Balkis Binti Abd Rahman daripada PERKESO Negeri Perlis di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat tersebut.