Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

17 JUN 2023

GOTONG ROYONG MEGA 1.0 PERANGI AEDES DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perlis.

YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Exco Kesihatan Negeri Perlis telah hadir ke Tapak Parkir Kampung Belakang Kilang bagi mewakili YAB Menteri Besar dan merasmikan program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perlis. Hadir bersama YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, ADUN Kuala Perlis,
YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Dr. Ghazali bin Chik, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Kesihatan Awam) dan YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, YDP Majlis Perbandaran Kangar.

Tujuan utama program ini adalah untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa kepada penyakit demam denggi terutamanya di kawasan Kuala Perlis.

Program ini dihadiri oleh kakitangan jabatan kerajaan termasuk kakitangan MPKangar yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Pengarah Pejabat Cawangan Kuala Perlis, wakil Jabatan Khidmat Pengurusan, wakil Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan dan wakil Jabatan Korporat dan Sumber Manusia.

Turut hadir bersama Setiausaha-setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-wakil Jabatan Negeri dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar.

#PerangiAedes
#PerlisGoClean
#PerlisBersihSihat