Event Date
Kandungan
PROGRAM PENANG GIS DAY 2023: TOWARDS HARMONIOUS SMART CITY
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) telah menganjurkan PROGRAM PENANG GIS DAY 2023: TOWARDS HARMONIOUS SMART CITY seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi – 5.00 petang
Tempat: Olive Tree Hotel, Bayan Lepas
Program ini merupakan platform untuk berkongsi pengetahuan mengenai penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi terkini di dalam maklumat data bagi memacu pembangunan data di dalam pelaksanaan perancangan serta pemantauan bagi projek-projek pembangunan.
Program ini menyediakan ruang dan kesedaran untuk orang awam, pemilik tanah, pemaju, PBT dan profesional dalam bidang ini daripada pelbagai institusi dan jabatan berkenaan GIS Best Practise.
Program ini memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan GIS kepada jabatan dalaman MPKangar yang akan terlibat dengan pembangunan sistem aplikasi GIS di MPKangar serta mewujudkan kerjasama baik antara pihak MPKangar dengan jabatan, PBT, pemain industri dan institusi berkaitan dengan sistem GIS.
Perasmian program ini telah disampaikan oleh Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Program ini juga melibatkan empat (4) pembentangan Kertas Kerja dan Sesi Pleno seperti berikut:
Pembentangan Kertas Kerja:
1. Kertas Kerja 1: Penang GIS HUB
2. Kertas Kerja 2: Smart and Sustainable Cities with AWS
3. Kertas Kerja 3: Geospatial Technology by Artificial Intelligence (AI)
4. Kertas Kerja 4: Digital Twin Technology for SmartCity
Sesi Pleno:
GIS DAY 2023: TOWARDS HARMONIOUS SMART CITY
Moderator – : Dato' Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
Panel 1 – Ketua Pengarah PLANMalaysia
Panel 2 – Map2u Sdn. Bhd.
Panel 3 – Virspatial Technologies
Panel 4 – Amazon Web Services Malaysia
Turut hadir bersama Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Pengarah Jabatan Perancang Pembangunan Bandar, Pengarah Jabatan Landskap, Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia dan Pengarah Unit One Stop Centre,Wakil-wakil daripada Jabatan Kejururuteraan ,Kawalan Bangunan serta Unit Teknologi Maklumat.
#perlisbersihindah
#PerlisBersihSihat