Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP), Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan lawatan bagi Sesi Khidmat Nasihat daripada Majlis Perbandaran Manjung berkaitan Tatacara Pengurusan Pemilihan Ahli MBJ pada 04 Julai 2023 (Selasa).

Sesi taklimat ini telah diketuai oleh Puan Sharifah Balkish Binti Syed Noh, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKangar yang merupakan urus setia bagi Mesyuarat MBJ merangkap Setiausaha Pihak Majikan berserta kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan yang terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohamad Amirullah bin Mohd Mokhtar (Akauntan) merangkap Naib Presiden MBJ, wakil Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) serta kakitangan MPM di atas sesi perkongsian yang telah diadakan.

Ilmu yang dikongsikan boleh dijadikan sebagai panduan untuk  dilaksanakan di MPKangar.