Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK KOMUNITI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR DI BAWAH PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Tarikh : 22 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, telah hadir merasmikan Program Semarak Komuniti Majlis Perbandaran Kangar pada hari ini. Mengiringi YAB Menteri Besar di atas pentas ialah YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar selaku penganjur dan YBrs. Encik Naharudeen Bin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis selaku rakan strategik MPK dalam penganjuran program ini.

Turut hadir ialah YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Parlimen, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, YBrs. Tuan Haji Mohd Zainal Bin Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Ketua- Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Perlis, Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar serta para Pengarah, pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kangar.

Program Semarak Komuniti Majlis Perbandaran Kangar di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan sosial di samping memperkukuhkan silaturrahim di kalangan komuniti, khususnya di kawasan bandar.

Majlis Perbandaran Kangar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas kesudian menghadiri Program Semarak Komuniti Majlis Perbandaran Kangar dan merasmikan program ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan yang turut bekerjasama dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.