Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

LAWATAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Tarikh : 25 Julai 2023
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kangar bagi mendengar taklimat berkaitan peranan, struktur organisasi, kedudukan kewangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Kangar. YB Dato' turut meluangkan masa meninjau semua jabatan/unit di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar dan beramah mesra dengan semua kakitangan.

Kehadiran YB Dato' dan rombongan telah disambut oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan semua Pengarah Jabatan/Unit Majlis Perbandaran Kangar.

Turut hadir ialah Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Puan Puteh Soraya Binti A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Ahmad Ibrahim Bin Mohd Tayib, Setiausaha Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti serta pegawai-pegawai Pejabat SUK Perlis.

Majlis Perbandaran Kangar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Yusran Shah dan para pegawai Pejabat SUK Perlis atas kunjungan ini.