Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Pihak Majlis telah menjemput pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis untuk memberi taklimat berkenaan situasi wabak denggi dan pengurusan wabak denggi Negeri Perlis kepada Ahli-ahli Majlis dan Pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Perbandaran Kangar pada 31 Julai 2023.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Amirul Hisham Bin Zainol, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) JKN Perlis dan telah dihadiri oleh Yang Dipertua, Encik Norazlan Bin Yahaya, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha dan Pengarah-pengarah Jabatan. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada Ahli-ahli Majlis serta Pihak Pengurusan Tertinggi MPK berkenaan situasi semasa wabak denggi di Negeri Perlis dan pengurusan wabak denggi yang dilaksanakan di Negeri Perlis. Semoga dengan maklumat yang diperolehi semasa taklimat, Ahli-ahli Majlis dapat membantu meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti masyarakat tentang bahaya demam denggi serta kepentingan mencegah dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.