Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

HARI BERTEMU PELANGGAN PKWR DUN BINTONG

30 Julai 2023

Majlis Perbandaran Kangar telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan PKWR DUN Bintong anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong yang telah diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong, Jalan Abi Batas Paip, Kangar.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Yang Berhormat Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail merangkap Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Majlis telah turut serta dalam Sesi  Taklimat dan Dialog Bersama-sama Pimpinan Masyarakat DUN Bintong yang telah membincangkan pelbagai isu melibatkan MPK dan masyarakat setempat.

Wakil-wakil Majlis yang hadir terdiri daripada Encik Zuraidi Bin Kassim (Pengarah Jabatan Kejuruteraan), Puan Siti Nor Aziah Binti Azizan (Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Pelesenan), Encik Shahimi Bin Shaari (Wakil Jabatan Undang undang Dan Penguatkuasaan) dan Encik Mohd Hanis Bin Rusle (Wakil Jabatan Landskap). Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya.

Terima kasih diucapkan kepada semua Pengarah Dan Wakil jabatan di atas kehadiran dan komitmen yang telah diberikan di dalam menyantuni masyarakat di DUN Bintong.