Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 5 Ogos 2023
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Surau Taman Jali, Kangar

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menganjurkan Program Gotong-Royong One Hour Malaysia Clean Up Negeri Perlis.

Program ini bertujuan untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa kepada penyakit demam denggi terutamanya di kawasan Taman Jali.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan selaku Exco Alam Sekitar,Bioteknologi Dan Teknologi Hijau. Hadir bersama YB Gan Ay Ling, ADUN Indera Kayangan, Dr Ismuni bin Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Mohammad Faisol bin Abd Rahman, Ahli Majlis Kawasan Sena dan Encik Shamsulamri bin Hashim, Ahli Majlis Kawasan Indera Kayangan.

Program ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Kakitangan MPKangar telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan Dan semua wakil Jabatan dalaman MPK. Terima kasih atas komitmen ,kerjasama Dan penyertaan didalam program pada hari ini .