Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

MPKangar melalui Kelab Sukan & Kebajikan (Komuniti) telah menghantar 4 pasukan bagi menyertai Kejohanan Paintball Piala YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis anjuran Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang berlangsung pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023 bertempat di Nak-Kawan Paintball, Bukit Ayer Resort, Batu Pahat, Perlis.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Rusdi Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut hadir bersama ialah YB Tuan Izizam Ibrahim, AMMK Kerajaan Negeri Perlis (Kemudahan & Prasarana, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu & Aduan Awam), YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, YBrs. En. Ag. Shaffie Ag. Ahmadni, Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Puan Mahani Jaafar, Pengurus Nak-Kawan Paintball, Perlis serta ketua jabatan dan agensi.

Kejohanan ini telah disertai oleh 32 pasukan terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pasukan MPK 2 telah berjaya menjadi Naib Johan pada edisi kali ini. Tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan & Kebajikan (Komuniti) MPK