Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 06 hingga 08 November 2023
Tempat : Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan Program Teach-In Dan Hands-On Proses 3 Hingga 6, Osc 3.0 Plus Online kepada Jabatan Teknikal Dalaman, Jabatan Teknikal Luaran serta Perunding dan Pemaju. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan kecekapan bagi kesemua jabatan teknikal dalaman dan luaran serta pemegang taruh di dalam pelaksanaan OSC 3.0 Plus Online di Majlis Perbandaran Kangar. Selaras dengan langkah Majlis Perbandaran Kangar kearah Go-Digital sepenuhnya bagi pertimbangan pelan pemajuan sehinggalah peringkat CCC.

Program Teach-in dan Hands-on ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Nizam Bin Hosnas, Penolong Pegawai Senibina Kanan daripada Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar.