Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 08 November 2023
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis menerima kunjungan dan mengadakan Taklimat Kesedaran Kanser daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Roslan Bin Ahmad, Encik Muhammad Khairil Anuar dan Puan Nafizah Mohd Nafhis, wakil MAKNA.

Objektif taklimat adalah bagi menambah pengetahuan serta  memberi kesedaran awal kepada kakitangan Majlis Perbandaran Kangar berkenaan bahaya kanser dan juga Sejarah dan peranan yang dimainkan oleh MAKNA. Program Sumbangan Debit Langsung juga diadakan bagi kakitangan yang berminat untuk menderma.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 50 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman yang berusia 40 tahun dan keatas.

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAKNA di atas kesudian untuk hadir dan juga perkongsian ilmu yang bermanfaat. Diharapkan dengan taklimat ini, kesedaran kakitangan berkenaan kanser akan bertambah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.