Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

26/01/2024 | JUMAAT

Program ini diadakan di Dewan Rimba Mas, Padang Besar Perlis bersama Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli dan YB Tuan Izizam bin Ibrahim, ADUN Titi Tinggi, Perlis. Turut hadir pada program ini, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, Tuan Mohamad Afifi bin Othman @ Omar dan Timbalan Pengarah Jabatan Saliran, Pengairan Negeri Perlis, Tuan Ir Mohd Anuar bin Mohd Nasir dan juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis, Tuan Norazlan bin Yahaya.

Objektif program ini adalah bertujuan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dalam membincangkan pemasalahan di kalangan penduduk di kawasan tersebut khususnya kawasan DUN Titi Tinggi. Selain itu juga, sesi dialog bersama YAB Menteri Besar, Perlis dan Jabatan-jabatan kerajaan yang hadir bersama dengan komuniti masyarakat di situ dapat menyuarakan pandangan dan masalah yang dihadapi seperti lampu jalan, masalah saliran air, geran dan sebagainya.

Majlis Perbandarann Kangar, Perlis telah dihadiri Oleh Ahli Majlis kawasan Titi Tinggi Encik Abdul Latif Dan En. Fang Cheng Foong.Wakil daripada Jabatan kejuteraan, Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan dan Jabatan Korporat dan Sumber Manusia.