Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh    :    26 Februari 2024 | Isnin
Masa    :    9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi    :    Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, Perlis

Program Hari Bersama Pelanggan DUN Guar Sanji dianjurkan oleh Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, YB. Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, Arau.
Program ini dianjurkan bertujuan mendekatkan komuniti setempat khususnya masyarakat DUN Guar Sanji bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan swasta yang melibatkan kemudahan perkhidmatan pembayaran, pendaftaran dan sebagainya. Agensi yang hadir melibatkan Jabatan Perangkaan, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pembangunan Bandar dan agensi swasta.
Penyertaan Majlis Perbandaran Kangar diwakili Puan Rosmariani bt Ab Rashid, Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia bersama 2 orang kakitangan Jabatan Korporat dan Sumber Manusia serta Encik Firdaus bin Saadon, Pengarah Pejabat MPK Cawangan Arau dan anggota penguatkuasa Pejabat MPK Cawangan Arau.