Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

21 - 23 Februari 2025

Sorotan lensa untuk Pertandingan Menangkap Itik sempena Pesta Angin Timur 2025 (PAT 2025) yang diurusetiakan oleh Majlis Perbandaran Kangar.

Ia adalah salah satu acara yang paling dinantikan dan berjaya menghidupkan kembali tradisi sukan rakyat yang unik dan menghiburkan.

Pertandingan ini diadakan di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri Ramli, serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Luar Bandar Perlis, Yang Berhormat Tuan Abu Bakar Hamzah.

Pertandingan menangkap itik ini melibatkan peserta lelaki, wanita dan kanak-kanak yang bersaing untuk menangkap itik yang dilepaskan dalam kolam.

Pertandingan menangkap itik ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan warisan budaya dan tradisi sukan rakyat kepada generasi muda. Dengan penyertaan yang semakin meningkat setiap tahun, diharapkan pertandingan ini akan terus menjadi acara yang dinantikan dan dihargai oleh masyarakat.

#perliscentric

#perlisLeADS

#perlisno1