Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

13 Mac 2025

Sesi Penyerahan Program Bina Baharu Rumah Di Bandar Fasa 2 Tahun 2024 Bersama Yang Dipertua MPKangar

Majlis Perbandaran Kangar melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan Program Bina Baharu Rumah Di Bandar Fasa 2 Tahun 2024 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah hadir ke dua lokasi bagi Sesi Penyerahan Program Bina Baharu Rumah Di Bandar Fasa 2 Tahun 2024 bertempat di Chuping dan Tambun Tulang.

a) DUN Chuping

Nama penerima : Encik Hamizi Bin Mansor

Alamat : 152, Kampung Panggas Kechil, Chuping.

Hadir sama : YB Tuan Haji Saad Bin Seman, ADUN Chuping

b) DUN Tambung Tulang

Nama penerima : Encik Ku Shahrizan Bin Ku Hamid

Alamat : 130, Kampung Sungai Baru, Utan Aji Tambung Tulang

Hadir sama : Wakil ADUN Tambun Tulang

Turut hadir sama dalam program ini, Pengarah Jabatan Sumber Manusia dan Korporat dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan.

Objektif Program Bina Baharu Rumah Di Bandar ini adalah untuk menyediakan tempat kediaman selesa dan selamat kepada golongan miskin bandar yang layak.

MPKangar mengucapkan terima kasih kepada KPKT atas sokongan dan peruntukan yang diberikan untuk menjayakan program ini.

#perliscentric

#PERLISLeADS

#perlisno1