Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

SESI PERKONGSIAN:

BUDAYA KERJA IKHLAS UNTUK CEMERLANG

MPKangar telah mengadakan Sesi Perkongsian Budaya Kerja Ikhlas Untuk Cemerlang Bersama Yang Dipertua MPKangar bersempena pengisian Slot Ramadan kepada kakitangan MPKangar.

Sesi perkongsian ini bertujuan untuk memahami maksud sebenar ikhlas dalam melaksanakan tugas dan meningkatkan kesedaran kepada semua warga kerja MPKangar bahawa bekerja dengan ikhlas bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada MPKangar dan masyarakat secara keseluruhan.

Sesi Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Warga kerja MPKangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dipertua MPKangar di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.

#perliscentric

#perlisleads

#perlisno1