Event Date
Kandungan
Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad) bersamaan 22 Ramadan 1446H
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dewan MPKangar Arau
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Santunan Mahabbah di Dewan MPKangar Arau.
Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang mewakili Menteri Besar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar merangkap Pengerusi Yayasan Kebajikan Perlis, Puan Norhudi’in binti Danu, Pengerusi PUSPANITA MPKangar dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE).
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Santunan Mahabbah di Dewan MPKangar Arau dan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada asnaf.
Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim MPKangar yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.
Hadir sama dalam majlis ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan MPKangar, Penaja-penaja majlis, Wakil-wakil jabatan, penerima Asnaf dan Anak-anak yatim MPKangar.
#perliscentric
#perlisleads
#perlisno1