LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan pelaksanaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycling Centre) Environment Idaman dan selanjutnya mengadakan lawatan tapak ke lokasi tersebut.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama 14 orang pegawai daripada Unit Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung.