Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan pelaksanaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycling Centre) Environment Idaman dan selanjutnya mengadakan  lawatan tapak ke lokasi tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama 14 orang pegawai daripada Unit Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung.

MPK

TAKLIMAT SKIM PERKESO KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

TAKLIMAT SKIM PERKESO KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Tarikh : 26 Mei 2023
Masa : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Taklimat Skim PERKESO ini telah disampaikan oleh Puan Balkis Binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Perlis.

Taklimat ini memberi pendedahan mengenai maklumat dan manfaat produk-produk PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Akta 1969, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Akta 838 (SKSSR) Dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Akta 789 (SKSPS).

MPK

Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh    : 10 Mei 2023 (Rabu)
Masa     : 8.30 hingga 12.00 tengah malam
Tempat : Sekitar Negeri Perlis

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Norazlan bin Yahaya dan Ketua Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Nasri bin Abd Rahman telah menyertai Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis yang diketuai oleh YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri Perlis.

MPK

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN CADANGAN PELAKSANAAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES (EIO) BAGI CHUPING VALLEY INDUSTRIAL AREA (CVIA), PERLIS OLEH PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA)

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN
CADANGAN PELAKSANAAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES (EIO) BAGI CHUPING VALLEY INDUSTRIAL AREA (CVIA), PERLIS
OLEH PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA)


Program ini diadakan adalah lanjutan daripada perbincangan awal dan permohonan pihak NCIA untuk mendapatkan taklimat mengenai pelaksanaan E1O di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis

18 April 2023 (Selasa)

Majlis penyerahan bantuan Kerajaan Negeri Perlis kepada para peniaga yang terjejas akibat bencana ribut yang melanda Kangar pada 29 Mac 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar. Dalam majlis berkenaan seramai, 34 orang peniaga telah menerima bantuan saguhati daripada Kerajaan Negeri.

MPK

Satu majlis berbuka puasa bagi menghargai kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat dalam menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023

Satu majlis berbuka puasa bagi menghargai kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat dalam menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023 telah diadakan di Kompleks Makanan Laut (Komalaut), Kuala Perlis.

Seramai 38 orang petugas dari pelbagai jabatan dalaman MPK telah diraikan dalam majlis ini yang telah diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya, dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, serta Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar, Puan Rosmariani Binti Ab. Rashid.  

MPK

OPERASI BERSIH HARI RAYA AIDILFITRI 2023

OPERASI BERSIH MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI

Tarikh : 14 April 2023
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Pasar Besar Sena, Kangar

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Majlis Perbandaran Kangar melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, dengan kerjasama pihak SWCorp telah mengadakan satu operasi pembersihan di Pasar Besar Sena, Kangar.