Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

PROJEK RINTIS PENGURUSAN DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR NEGERI PERLIS ( FASA 1)

Tarikh    :  10 Mac 2023 (Jumaat)
Masa     :  9.00 Pagi
Tempat :  Pusat Khidmat DUN Sanglang, Sanglang

Majlis penyerahan tong sampah kepada penduduk di  Kampung Sungai Padang, Sanglang, telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis  selaku ADUN Sanglang, Perlis.

MPK

Program Kesedaran Halal: "Mudahnya Pensijilan Halal Malaysia" Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023

Penyertaan kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Malis Perbandaran Kangar, Perlis bagi slot pameran agensi sempena Program Kesedaran Halal: "Mudahnya Pensijilan Halal Malaysia" Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023.

Program telah dirasmikan dengan Titah Perasmian oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Turut hadir Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi menerima pengurniaan Surat Lantikan Panel Pengesahan Halal Peringkat Negeri Perlis.

MPK

MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PESTA ANGIN TIMUR 2023

MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PESTA ANGIN TIMUR 2023

Majlis Perbandaran Kangar menjadi urusetia untuk Pertandingan Tangkap Itik yang telah diadakan pada hari terakhir Pesta Angin Timur 2023. Pertandingan ini merupakan salah satu titik sentuhan Raja Muda Perlis.

Penyertaan Pertandingan Tangkap Itik ini adalah terhad Dan mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir di Pesta Angin Timur ini.

MPK

LAWATAN KERJA KAKITANGAN JABATAN KESIHATAN DAN PELESENAN, MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN KERJA KAKITANGAN JABATAN KESIHATAN DAN PELESENAN, MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan pengurusan haiwan terbiar dan melawat Bustana Kucing serta melawat Kampung Warna Warni di Kuala Perlis.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Norzahratul Binti Nordin (Pengarah Jabatan Kesihatan dan Pelesenan) bersama 7 orang pegawai daripada Jabatan Kesihatan Awam & Perlesenan, Majlis Perbandaran Pengerang.

MPK

TAKLIMAT & CABUTAN UNDI TAPAK BAZAR RAMADAN TAMAN KEMAJUAN 2023

TAKLIMAT & CABUTAN UNDI TAPAK BAZAR RAMADAN TAMAN KEMAJUAN 2023

Tarikh : 28 Februari 2023 (Selasa)
Masa  : 3.00 Petang
Tempat : Auditorium Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis

Pihak Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Perlis (SWCORP) atas perkongsian maklumat bersama para peniaga berkenaan pengendalian makanan dan pengurusan sampah ketika bazar ramadan berlangsung.