Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

KONVESYEN PBT 2023 PUSAT KONVESYEN IPOH,PERAK

KONVESYEN PBT 2023 PUSAT KONVESYEN IPOH,PERAK

Konvesyen yang berlangsung 11 hingga 12 hb Mac 2023 anjuran melalui KPKT bertujuan untuk memperkukuh Dan memperkasa peranan Pihak Berkuasa Tempatan disamping memberikan peluang kepada Ahli Majlis bertukar pandangan serta menyumbangkan idea kearah memberikan Perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.

MPKangar dihadiri oleh Yang Dipertua, Setiausaha , 8 orang Ahli Majlis serta beberapa pegawai Majlis.

MPK

Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Maklumat ke Majlis Perbandaran Kemaman,Terengganu Darul Iman

Pada 6 Mac 2023,  Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah mengadakan Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Maklumat ke Majlis Perbandaran Kemaman,Terengganu Darul Iman.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus yang lebih cemerlang di Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKangar dan juga merupakan instrumen penetapan hala tuju serta pelan tindakan lanjut dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bagi menyokong pengoperasian dan pentadbiran di MPKangar.

MPK

PROJEK RINTIS PENGURUSAN DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR NEGERI PERLIS ( FASA 1)

Tarikh    :  10 Mac 2023 (Jumaat)
Masa     :  9.00 Pagi
Tempat :  Pusat Khidmat DUN Sanglang, Sanglang

Majlis penyerahan tong sampah kepada penduduk di  Kampung Sungai Padang, Sanglang, telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis  selaku ADUN Sanglang, Perlis.

MPK

Program Kesedaran Halal: "Mudahnya Pensijilan Halal Malaysia" Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023

Penyertaan kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Malis Perbandaran Kangar, Perlis bagi slot pameran agensi sempena Program Kesedaran Halal: "Mudahnya Pensijilan Halal Malaysia" Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023.

Program telah dirasmikan dengan Titah Perasmian oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Turut hadir Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi menerima pengurniaan Surat Lantikan Panel Pengesahan Halal Peringkat Negeri Perlis.

MPK

MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PESTA ANGIN TIMUR 2023

MAJLIS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PESTA ANGIN TIMUR 2023

Majlis Perbandaran Kangar menjadi urusetia untuk Pertandingan Tangkap Itik yang telah diadakan pada hari terakhir Pesta Angin Timur 2023. Pertandingan ini merupakan salah satu titik sentuhan Raja Muda Perlis.

Penyertaan Pertandingan Tangkap Itik ini adalah terhad Dan mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir di Pesta Angin Timur ini.